Seperti yang kita tahu, Bookmarks function di dalam setiap web browser adalah sangat - sangat berguna kerana ia boleh menyimpan web page yang kita selalu layari dan di simpan di dalam browser tersebut agar mudah kita untuk melayarinya kelak. Bagaimana pula kalau web page yang kita simpan itu terlalu banyak dan browser anda pula tiba - tiba gagal berfungsi ataupun pc anda perlu di format? Boleh kah kita ingat page yang sudah kita bookmark itu? Anda cukup hebat kalau boleh ingat semua page yang telah anda bookmark. Caranya, anda boleh save bookmarks anda itu dan buat ia sebagai backup!
Kalau anda menggunakan browser Mozilla Firefox, klik pada Bookmarks > Organize Bookmarks
ia akan keluar skrin seperti ini.
Seterusnya, klik Import and Backup > Export HTML
Ok. Bookmarks anda telah selamat di simpan. Andai kata pc anda telah format baru dan mahukan bookmarks anda yang lama, klik Import and Backup > Import HTML. Selamat mencuba =)


